Marriage Life

8:29 PM

Assalamualaikum,

uih..berhabuk bak hang..lamo gilo x update. dah sejak2 kawen ni, bz die tu bukan main lagi..haha..poyos ok.

Aku kawen pada 28.08.2014. kejap aje kan, ni dah masuk bln 8..dah 2 tahun upenye aku dah kawen. ak sgt bersyukur dapat seorang suami yang sangat baik aka sangat naif. oh ye, dan org yg aku kawen ni, bkn sebarang org ok..beliau adalah abam polis. hehe. Bila fikir-fikir balik, cam x caya eh aku dah kawen lah wei. Well, untuk dipendekkan cerita, kami berkenalan atas dasar keluarga. ibu aku dan kakak dia yang kenalkan kami. Dek kerana jodoh, akhirnya kami berkahwin. Alhamdulillah.. 

sangat akward ok masa ni. but yet still steady senyum..hehe
FYI, we are in long distance relationship. Masa awal-awal kawen, sorang kat kemaman, sorang kat raub. sangat sadis ok, jauh lah jugak. lebih kurang 3 jam lebih. So, kami gilir2, minggu ni turn dia balik kemaman, then next 2 week aku pulak pergi kat dia. Yes, aku drive sorang2. aku bertolak jumaat pagi then balik sabtu petang. huhu..kerana terpaksa aku relakan. kalo x, mmg sebulan sekali jelah kami dapat jumpa. Bila tngok pasangan lain selalu je ada pergi mana-mana, ak pon mcm huhuhu.Setiap hari, kami berdoa agar suami aku dapat tukar ke kemaman. 

Dan dengan berkat doa semua org yg doakan kami, suami aku dapat bertukar ke wakaf tapai. Aku tetap bersyukur, dekat lah dari Raub. walaupun still x duduk skali. Dia sekarang ni bertugas di FRU, kerja dia kat sana sangat relax. Hanya pepagi ade rocol, dan waktu magrib diwajibkan pergi ke surau. dan kalau ada perlawanan bola ker, dia perlu memaikan peranan lah. Pergi mengawal kawasan situ tapi x selalu pon ada. So, oleh sebab kerja dia cam gitu, agak kerap lah jugak dia dapat balik kemaman. =D yes..I seronok. tapi kadang2 adalah jugak weekend aku balik wakaf tapai atau balik chalok. kat Chalok, umah mertua iols. Felda Chalok Barat, Setiu. meh aku nak belanja gambar ngan ipar duai aku.


Kena ingat, kita kawen bukan dengan pasangan kita sahaja, kita kawen ngan famili pasangan kita sekali. Alhamdulillah, mereka semua sangat baik.

Hidup berumah tangga ni biasalah, ada pasang surutnya. lagi lidah kita tergigit. Even aku sendiri pon, ada je gaduh2, tapi kena cepat2 berbaik. Jangan makan hari tau. Tak baik.

Apa yang penting tolak ansur dan cuba memahami antara satu sama lain. Jangan cari kesalahan pasangan kita, kalau setiap kali kita bergaduh dengan dia, fikir balik kenapa kita kawen ngan dia. Tak semua orang sempurna, biar sama-sama tak sempurna. Sama-sama sempurnakan mana yang tak sempurna. InshaaAllah. 

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Flickr Images